Wednesday 23 October 2013

Jambori (15) Pantai Merdeka

19/10/13



Jarak kayuhan = 35km

Jembori ke15 yang disertai ini meninggalkan kesan tersendiri yang baik selama terlibat kayuhan MTB ini. Kesan ini hanya dapat dirasai dalam naluri sendiri yang akan diingati selalu.

Terlewat bangun jam 5.10am, menyebabkan perjalanan ke tempat jembori menjadi agak kalam kabut. Redahan laju memandu sehingga mendapatan teguran sahabat yang bersaing dihadapan kereta ana. Alhamdulillah, sahabat yang baik senantiasa menegur cara kita. Itulah yang kita harapkan.

Bersolat subuh di masjid Kota Kuala Muda menemukan dengan ramai pengayuh yang bersolat. Ramai pengayuh pengayuh yang jaga solat mereka.

Semoga Allah swt memberi hidayah terutamanya kepada diri ana sendiri dan juga mereka.

Jam 7.20am ana mula berada ditempat pelepasan walaupun sebelum itu bertolak agak terlewat daripada rumah. Ini kerana pada malam sebelum bertolak, semua persediaan terlaksana dengan jayanya. Bila datang pagi, hasilnya, memperolehi tempat antara pengayuh pengayuh yang berada dihadapan. Kebetulan ketika itu saudara Man Gerek Desa Aman berada disitu bersama beberapa kenalan lain. Sahabat sahabat lain daripada HRK berada ditengah. Its Okay. Just try my best. This is the right time to do the best sebab ana dah terlupa membawa kamera yang biasanya akan dibawa semasa kayuhan untuk mengambil gambar gambar. Oleh itu penumpuan kepada kayuhan dapat disempurnakan 100%.


Kayuhan kali ini ana memang serius untuk melihat sejauh mana kemampuan diri sendiri. 



Just do my best. Placing!...forget it.





Serius bagaimanapun diri ana berkayuh, bila bergambar tetap sporting..ha..ha.. 





Setelah puas mengayuh di kawasan sawah padi maka beralih untuk menduga dikawasan berbukit pula. Kawasan ini sememangnya kebanyakan pengayuh menolak basikal samaada menaiki atau menuruni bukit. Ada yang terlalu berani semasa menuruni bukit dengan mengayuh laju, risiko sendiri tanggung. Ana, tidak mahu mengambil risiko.

Alhamdulillah, tamat juga akhirnya






Penyertaan teramai - Happy Ride Kulim, pasukan ana



Sekian

No comments:

Post a Comment