Route = Machang Bubuk - kilang terbengkalai jln sg lembu - Dusun - Kulim
Jarak = 20km (anggaran) 80% offroad
Oleh kerana OSCC tiada aktiviti maka ambil keputusan join SBC. Jumpalah sahabat2 baru yang muda muda belaka dan dah tentu kuat mengayuh. Tabik kepada mereka semua. Kawasan ini dah lama jadi idaman kerana selama berkayuh di Kulim OSCC agak kurang sangat berkayuh di kawasan ini. Mungkin kerana di sini banyak anjing, maklumlah kawasan dusun non muslim. Antara pokok buah2an yang didapati disini ialah dah tentu durian, pulasan , rambutan , buah pala dan buah naga. Kawasan ini juga menjadi laluan kumpulan berjalan kaki kerana banyak kertas tapak kaki. Penat memang tidak dapat digambarkan , maklumlah bukit sini agak tinggi. Kalau di Bukit Tok Kun boleh kayuh drp bawah sampai atas tapi disini bagi saya sukar sekali. Mungkin kerana jalan yang tidak sempurna.
mendaki sambil mengayuh memang memenatkan...break jap
sampai kawasan dusun, memang tinggi kawasan ini
berhenti rehat di checkpoint terakhir sebelum turun
bersiap sedia untuk turun
Daud Pomen , adik Wan Pomen rupanya
Daud Pomen
Pulasan , teringin nak makan tapi tak boleh
Ai , nak turun pun kena mendaki lagi ka, ai...jenohhhh...

Kawasan ni memang turun bukit...awas licin
tak jauh dah, dekat nak sampai bawah
Sampai di bawah ana berpecah utk pulang ke Kulim dan sahabat lain pulang menuju Machang Bubuk.
Sekian
Samapi ke rumah , penat tak terhingga......ZZZZZZZZZ
No comments:
Post a Comment