Tuesday 25 December 2012

Funride (16) Kayuhan Mesra IPD Pendang

25/12/12

Cuti hari Krismas diisi dgn kayuhan ini. Bertolak daripada rumah jam 4am menuju Pendang. Di RNR Gurun selepas solat subuh berkumpul bersama menuju kePendang. Semasa persalinan ditepi kereta tidak sedar topi keledar basikal diletakan diatas bumbung kereta. Setelah hampir Tol Pendang baru sedar tentang topi. Apa boleh buat jadi rezeki orang lain. Tentu topi jatuh di tengah jalan.

Seperti biasa bersama Happy@rideKulim

apa apa pun minum dulu


Nasib ada topi Sabarudin utk ganti topi keledar basikal.

Segak aih Sabarudin


Menanti dilepaskan



Pengayuh cilik - 7 tahun perempuan. Beliau berjaya tamatkan kayuhan ini yang sejauh 40km.


Alhamdulillah selamat memasuki kawasan penamat

Happy@ride Kulim

Kamal yang tercedera dilengan
Hadiah kedua cabutan bertuah

Hadiah pertama


Balik singgah lagi di tempat jangkaan topi keledar jatuh iaitu berhampiran stesen minyak Gurun tapi hampa.

Sekian

No comments:

Post a Comment