Sunday 30 December 2012

Latihan (74) Solo - Jalan Simen (tiada gambar)

29/12/12

Route = Bukit Kukus - Paya Besar - Jalan Simen - Tmn PKNK - Kelang Lama

Anggaran jarak = 20km

Pagi ini tiada kayuhan berjemaah kerana agaknya masing masing sibuk sekolah akan di buka semula. Kayuh tetap kayuh untuk mengeluarkan peluh. Solo pun sololah. Membosankan tetapi jangan ambil pusing. Badan mesti di kerjakan, jgn biar lemah longlai tanpa apa apa senaman walaupun sehari sebelum ini cuti sakit kerana abdomen kanan sakit dan dapatkan rawatan di Hospital Metro.

Penghujung kayuhan bertemu Zul Affin Bank & the gang sedang menunggu Abg Saadian untuk kayuhan ke Serdang. Awal awal lagi surrender tak dapat ikut kerana akan bersama anak anak bawa berjalan jalan kerana sekolah dah hampir dibuka.

Jam 10.30 dah berada dirumah.

Sekian

No comments:

Post a Comment