Tuesday 26 March 2013

Latihan (105) Kayuh malam Kulim Perda

26/3/13

Setelah agak lama tidak berkayuh malam kerana cuaca yang tidak menentu, di tambah pula Marshall utama yang kurang aktif mengetuai kayuh malam maka terlaksana pada malam ini bersama seramai 25 orang pengayuh malam yang tidak mengenal erti jemu.

Di ketuai oleh saudara Awang dan dibantu oleh saudara Muaz, kira kira jam 9.50 mlm mulalah angkatan kayuhan malam bertolak daripada 'meeting point' Shell berhadapan Restoran Nasi Kandar Dinas. Kayuhan menuju ke bandar Perda.

Setelah mengayuh melalui jalan sunyi Sg Lembu dan Bukit Lengkok, tiba di perhentian pertama ia itu berhadapan masjid Mengkuang.

Perjalanan di teruskan melalui pekan Penanti , masjid Kubang Semang terus ke jalan Permatang Pauh - Perda melalui Universiti Teknologi Malaysia UITM dan perhentian seterusnya ialah di kedai minyak Perda.




Setelah menikmati minuman dan merehatkan badan seketika, kayuhan diteruskan melalui Bandar Bukit Mertajam terus ke Berapit. Disini hujan mulai turun tetapi alhamdulillah tidak lebat.



Balik semula kejalan bukit Lengkok, Keladi dan tamat semula di Shell Dinas.

Kesimpulan pada kayuhan kali ini...bertenaga dalam bersahaja. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi serba sedikit kekuatan untuk mengayuh. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

Jarak = 46km

Semua gambar gambar ehsan Awang Derus, terima kasih banyak banyak tuan.

Sekian

No comments:

Post a Comment