Saturday 9 March 2013

Latihan (101) Kayuh Trek Kulim Jambori Ulu Paip

9/3/13

Berkumpul 22 orang pengayuh kebanyakannya daripada HRK lebih kurang jam 8.00am. Selepas bacaan doa, 8.20 am tayar golek.

Ini adalah kali ketiga kayuhan di sini. Route ini memang memenatkan terutama mendaki bukit hutan gunung Bongsu di pendakian terakhir. Pendakian hutan terakhir ini tiada siapa yang dapat mengayuh hatta yang kuat mengayuh seperti Sabri (jurupandu/Marshall utama)dan power rider lain masih lagi terpaksa menolak masa mendaki.

Memasuki kawasan hutan memang mendamaikan walaupun penat. Bunyi unggas menemani sepanjang perjalanan.

Walaupun bacaan meter menunjukan 24km sahaja yang ditempuhi namun impak nya cukup memeritkan. Disangkakan seperti sekejap sahaja kayuhan tetapi kayuhan ini sebenarnya mengambil masa 4jam untuk selesai.

Walau bagaimana pun , syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kenikmatannya kepada hambanya ini.

Gambar tidak dapat diambil kerana kamera ana sebelum ini telah sampai kehujung hayatnya pada kayuhan latihan genap ke100, kayuhan HBD nasi kandar Ahmad.  

Semua gambar gambar di bawah adalah ehsan Saudara Awang daripada PGA Kulim, terima kasih banyak banyak tuan.

8.10 am bacaan doa

 bergambar kenang kenangan sebelum bertolak, jika selepas bertolak 'confirm' tak jadi 

 rehat pertama, masa ni ramai yang boleh senyum lagi sebab ujian sebenar belum tiba

memasuki fasa kedua untuk terus mendaki

'RNR' kedua
apa apa pun 'posing' mesti

 penghulu Din punya idea, susun basikal untuk tangkap gambar ramai ramai. 'Posing' lagi...

ini hasilnya

sambung kayuhan

'RNR' ketiga sebelum 'RNR' sungai

no comment....

 menghampiri RNR sungai, bersama En Man 

Wangde beraksi di RNR sungai

 ambil nafas di kawasan sungai



Selepas sungai ini, mulalah ujian sebenar....mendaki di laluan hutan gunung bongsu...........


 ................dimana mula mendaki kalau tak silap sehingga ketinggian 400meter dengan meredah laluan hutan gunung Bongsu dimana di sini semuanya mendaki, tiada 'downhill'. Oleh kerana ujian yang bermula di sini amat memeritkan, sayang sekali tiada yang sempat bergambar lagi. Maklumlah majoriti tak terlayan kepenatan meredah hutan sambil mendaki sambil menolak basikal. Sehinggalah tiba di pencawang kedua ia itu kemuncak tertinggi barulah mula 'downhill' ......

Ini dia pencawang kedua. Sampai di sini cukup lega. Mula 'downhill'sehinggalah jumpa sungai 'Ulu Paip'. Kesimpulan menuruni bukit di sini amat merbahaya jika tidak berhati hati. Ada bahagian menuruni bukit yang tidak dapat menunggang basikal kerana kecuraman dan tiada laluan basikal. Tok penghulu Sabarudin dua kali terjatuh 'tertungging' ha..ha..nasib baik Alhamdulillah tiada kecederaan serius.

Alhamdulillah selamat sampai setelah pendakian dan menuruni bukit yang memeritkan

Man setelah tiba di sungai ulu paip, lega

Oleh kerana dirumah ana tinggal 2 puteri kerana ibunya kuliah, ana terpaksa balik awal. Sahabat sahabiah lainnya menjamu selera di sini.

Sekian 









No comments:

Post a Comment