Tuesday 12 March 2013

Latihan (102) Kayuh Malam Reverse Hightech Track (Tiada gambar)

12/3/13

Kayuhan malam nampaknya semakin muram sambutan daripada kumpulan kayuhan Happy Ride Kulim, mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Petangnya pun ada hujan turun tetapi Alhamdulillah menjelang waktu selepas Magrib tiada lagi hujan yang turun.

Post dalam group HRK di face book pun kurang memberansangkan memberi petanda kurang penyertaan kayuhan malam ini..........


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Malam ni kayuhmalam cam biasa kut? 0915pm kumpoi Shell Dinas. Dekat2 je 2 jam settle...
Like ·  ·  · 7 hours ago


Ini terbukti apabila hadir di tempat dijanjikan ia itu di Shell hadapan R.N.K Dinas hanya terdapat 5 pengayuh, jika dibandingkan penyertaan terbanyak yang pernah dicatatkan ia itu mencecah 40 pengayuh. Oleh kerana cuaca teramat baik, maka kayuhan diteruskan setelah tiada alasan lain lagi.

Route = Shell Dinas - S4 Keladi - Bukit Kukus - Kelang Lama - Jalan Simen - Kulim High Tech - Politeknik - Shell Dinas-

Anggaran = 35km

Apa apa pun syukur ke hadrat Illahi kerana menganugerahkan tenaga dan kekuatan kayuhan yang mana jikalau Ia tidak mengizinkan nescaya tidaklah dapat ana menggerakan walaupun sehelai bulu mata pun...Masya Allah. Oleh itu Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah SWT.




No comments:

Post a Comment